Dewan Pemuda PAS Kelantan

Kejohanan bowling rebut piala Exco

E-mail Print PDF

KOTA BHARU, 26 April (Hrkh) - Selepas rakyat Kelantan kecewa ekoran skuad Kijang gagal menggalas Piala FA malam tadi, kerajaan negeri cuba meredakan keadaan dengan mengajak peminat beraksi pada sukan bowling pula.

Biar pun berjaya membuka jaringan ulung ketika menentang Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun tuah tetap tidak menyebelai Kelantan, apabila jaringan penalti menjadi hukuman.

Lupakan sementara bola sepak, ada baiknya sertai kejohanan Bowling Berpasukan 2009 yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 serta piala anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood.

Kejohanan itu dianjurkan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Negeri Kelantan (Maksak) akan diadakan di Pacific Bowl, KB Mall pada 1 dan 2 Mei ini.

Pemenang kedua akan mendapat wang tunai RM1,000 dan ketiga RM750. Manakala tempat keempat RM400, kelima dan keenam RM300 dan RM150.

Setiausaha Maksak, Haji Zamri Ismail berkata, pemain berkumpulan yang berjaya membuat lontaran paling tinggi akan memperolehi hadiah wang tunai RM400.

Selain itu pemain juga berpeluang mendapat hadiah menerusi cabutan bertuah yang menawarkan barangan elektrik seperti mesin basuh, peti sejuk, televisyen dan basikal.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 2 Mei ini di Pacific Bowl jam 3 petang yang akan disempurnakan anggota Exco.

Zamri berkata, mereka yang berminat menyertai kejohanan tersebut boleh menghubungi 013 932 4358 (Tengku Abu Bakar), 019 900 1616 (Efwan) dan 019 983 3956 (Fauzilah) sebelum 29 April ini. - mj _

 

DPP Kelantan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Tingkat 1, Bangunan PAS,
Jalan Dato Pati,
1500 Kota Bharu,
Kelantan

dppkelantan@pas.org.my