Dewan Pemuda PAS Kelantan

Pesta Makanan Kelantan bermula esok

E-mail Print PDF

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) � Pesta Makanan Kelantan akan diadakan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Mac ini bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

Program itu dianjur Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan diadakan sempena sambutan Tahun Melawat Kelantan � Malaysia 2009.

Pameran tersebut membabitkan sebanyak 21 gerai yang disertai pengusaha dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena program berkenaan antaranya persembahan kebudayaan dan pertandingan gerai cantik.

Pengarah Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Azman Mohd Dahan berkata, peserta diharap mengutamakan aspek kebersihan memandangkan pelancong yang datang termasuk dari luar negara.

"Pelbagai menu akan diperkenalkan pada program berkenaan termasuk kuih tradisional Kelantan," katanya di sini.

Pesta itu dijangka dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Junaidah Lee Abdullah pada 14 Mac jam 3 petang. - mj _

 

DPP Kelantan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Tingkat 1, Bangunan PAS,
Jalan Dato Pati,
1500 Kota Bharu,
Kelantan

dppkelantan@pas.org.my