Dewan Pemuda PAS Kelantan

Minda Pemuda

Rencana hasil tulisan pemuda pas

UMNO Sudah Gila Bayang

E-mail Print PDF
fadhlishaariLumrah seorang yang gila bayang, sedikit juling dikatakan menjeling manja, bibir sumbing dikatakan tersenyum manis, menjawab salam pun sudah disangka menerima lamaran. Kerana itu perlu berhati-hati melayan orang yang gila bayang, nanti dikata orang yang melayan itu pula yang gila.

Barangkali itulah ungkapan yang tepat untuk UMNO sehari dua ini. Nampaknya lagu lama diulang kembali, rentak lama ingin ditari semula, barangkali dengan pakej yang baru. Muka hadapan Utusan Malaysia hari ini membawa berita “UMNO – PAS Sedia Jalin Muafakat”, di bawahnya lengkap pula dengan caption “Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju bahawa UMNO dan PAS perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini”. Belum cukup lagi, Senyum Kambing pula menambahkan perisa seolah-olah Tuan Guru Nik Aziz sudah setuju UMNO dan PAS bersatu.

Barangkali selepas ini akan berdondang sayanglah pemimpin-pemimpin UMNO menyahut ‘seruan’ ini. Akan terhiaslah di muka hadapan akhbar-akhbar pro UMNO bahawa pemimpin-pemimpin UMNO ikhlas untuk berpadu. Demi Melayu, demi bangsa, ya, UMNO dan PAS perlu bersatu segera. Jika pandangan pimpinan Pakatan Rakyat pula mengeluarkan kenyataan balas menolak seruan ini diikuti dengan kenyataan Tokguru Nik Aziz yang – sememangnya dari dulu lagi -menolak penyatuan dengan UMNO, terhasillah satu premis, rupanya Tokguru Nik Aziz sudah tunduk dengan rakan-rakan DAP dan PKR, sanggup ketepikan hasrat hati untuk berpadu semata-mata menjaga hati DAP dan PKR!! Bukankah ini natijah yang dikehendaki oleh UMNO? Alangkah kotor sungguh permainan jijik hasil manipulasi media ini. Tidak mustahil, isu pasir pun boleh jerlus dengan cerita perpaduan ini.

YAB Tuan Guru al-Mursidul Am PAS dari dahulu lagi cukup tegas menolak sebarang perpaduan dengan UMNO jika hanya untuk tujuan politik. Berkali-kali sudah ditegaskan, syarat utama UMNO jika mahu menghulurkan perpaduan ialah UMNO menerima Islam. Ubah dasar kepada Islam terlebih dahulu, baru boleh bermimpi mahu tidur sebantal dengan PAS. Jika hanya demi Melayu, itu hanyalah seruan karut. Bilakah UMNO memperjuangkan Melayu? Adakah pada saat mereka menafikan royalti minyak untuk negeri yang majoritinya Melayu atau ketika mereka meluluskan persempadanan pilihan raya yang tidak memperuntukkan satu pun kerusi tambahan untuk kawasan Melayu? Bermuka tebal sangatkah UMNO hingga tidak tahu malu pada diri sendiri?

Alkisahnya pemberita hanya mengulurkan mikrofon pada saat Tokguru melangkah masuk ke kereta. Sepatah jawapan tokguru ialah, “Boleh, dengan syarat UMNO terima Islam”. Maka yang keluar di dada akhbar ialah ‘boleh’, dan yang disembunyikan ialah ‘dengan syarat….”. Aduh, jika dikatakan khianat, akhbar pula melatah. Tapi, apalagi perkataan yang lebih sesuai?

Kesimpulannya, jangan percaya dakyah terbaru ini sebagaimana anda tidak pernah mempercayainya sebelum daripada ini. Saat hampir ajal dan maut Barisan Nasional insya-allah semakin dekat. Jangan hulurkan oksigen menyelamatkan nyawanya. Mari kita kafankan agar ia cepat-cepat dikebumikan.

-coretan oleh Ahmad Fadhli bin Shaari. Beliau merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Negeri Kelantan merangkap Setiauasaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.
Last Updated ( Wednesday, 14 July 2010 16:46 )
 

Himpunan Mansuhkan ISA Berjaya!

E-mail Print PDF

rosliHimpunan mansuhkan ISA yang berlaku semalam tidaklah yang teramai dari segi penyertaannya berbanding Bersih. Namun mesejnya tetap sama. Rakyat ingin menyatakan ketidakpuashatian mereka kepads kerajan BN yang terus bermaharajalela. Mereka lebih suka pihak polis, badan kehakiman, SPRM dan lain lain yang berhadapan dengan rakyat yang tidak sukankan mereka. Betapa baculnya spesis BN terutamanya UMNO. Tidakkah mereka mahu sedar, hampir separuh rakyat Malaysia menolak mereka pada PRU12?

UMNO/BN di bawah Dato Seri Najib cuba mengumpan rakyat dengan pelbagai janji dan gula gula politik. Yang peliknya, yang dituduh adalah pihak Pakatan Rakyat khusunya PAS. PAS dianggap memperalatkan rakyat dalam demonstrasi untuk kepentingan politik. Sememangnya itulah UMNO. Membela rakyat yang dizalimi dikatakan berpoltik sedangkan membela kroni dianggap perjuangan suci.

Macamana mahu melahirkan 1UMNO sekiranya kroni yang diutamakan? Mugnkin mereka akan mengatakan parti seperti PAS juga sudah berpecah dan berpuak puak. Ini bukan medan untuk menolak atau menerima kerajaan perpaduan yang ditaja oleh pihak tertentu. Namun, mengamati senario dalam UMNO sendiri menunjukkan penyatuan tidak akan berjaya atas nama apa sekalipun seliranya pihak yang ingin berkerjasama itu kosong jiwa mereka.

Isu ISA menampakkan sekali lagi bahawa toleransi merupakan istilah yang tidak wujud dalam kerajaan UMNO/BN. Mereka melaungkan perpaduan sedangkan suara rakyat tidak mereka pedulikan. Mereka menyalahkan Tuan Guru Nik Aziz kerana menolak kerajjaan perpaduan sedangkan mereka di belakang tabir menghantar pegawai pegawai untuk melunakkan Tuan Guru, lalu dimainkan oleh Media bahawa Tuan Guru Menteri Besar menyambut Perdana Menteri.

Seolah olah Tuan Guru sanggup menggadaikan prinsip yang menjadi pegangan sekiranya tuntutan Kerajaan Kelantan dilunaskan oleh Pusat. Siapa di belakang pertemuan ini? Haruslah diselediki tujuan mereka mengatur pertemuan ini. Kita yakin Mursyidul AM PAS dipandu olehNYA dalam membuat keputusan yang dasar. Beliau bukan begitu mudah terpengaruh dengan pujukan dan rayuan.

Himpunan mansuhkan ISA merupakan satu lagi mercu tanda yang mengajak rakyat tanpa mengenal latar belakang untuk bersama menuntut hak mereka. Inilah konsep 1Malaysia yang sebenar benarnya. Inilah erti perpaduan yang bukan setakat kerajan, bahlan rakyat dan kerajaan akan bersatu padu demi keadilan sejagat. Demi kemenangan umat.

* Dr Rosli Allani adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

 

Antara Najib dan Tok Guru

E-mail Print PDF

nuriTanggal 1 Ogos 2009,  Kelantan menerima kunjungan YAB Dato Seri Najib PM ke-6. Ketibaan beliau di lapangan terbang di sambut oleh YAB Tok Guru MB Kelantan.  Perjumpaan tertutup berlaku kira-kira 20 minit. Antara ulasan PM ialah supaya Tok Guru menjaga perasaan ahli UMNO jika mahu berbaik-baik dengan kerajaan pusat. Hairan ya, bila pulak  soal perasaan menjadi satu syarat penting untuk Kerajaan Pusat memberikan bantuan kepada rakyat Kelantan yang terdiri dari semua kaum, parti dan bangsa dll.  Memang benarlah tok guru kata selagi orang tidak mengata kepada kita maka kita tidak akan memulakannya.  Jika benar soal perasaan di ambil berat maka Kerajaan Pusat juga seharusnya menjaga perasaan orang PAS di Kelantan iaitu menghapuskan kerajaan dalam kerajaan (JPPK), tidak melabelkan projek Kerajaan Pusat dengan label Projek Barisan Nasional, membayar per kapita kepada Kerajaan kelantan mengikut jadualnya, tidak menyekat projek yang sepatutnya di buat di Kelantan seperti pembesaran lapangan terbang dan lain-lain.  Dato Seri Najib juga harus memberi nasihat yang sama kepada pengerusi dan ahli-ahli UMNO di Kelantan supaya menjaga juga perasaan ahli PAS dan rakyat di Kelantan. Jangan nafikan hak mereka untuk mendapat baja, wang off, pelbagai lagi bantuan..

Di masa yang sama, tanggal 1 ogos juga mencatit satu lagi sejarah keberanian rakyat menyatakan hak mereka iaitu perhimpunan untuk menyerahkan memorandum kepada SPB Yang Di pertuan Agong supaya memansuhkan akta ISA yang disalahgunakan oleh pemerintah untuk menahan musuh politik mereka.  Keganasan polis yang melampau membuktikan bahawa laungan cogankata  PM Dato Seri Najib supaya rakyat didahulukan adalah palsu. Hampir 600 orang rakyat yang ingin menyatakan hak mereka dinafikan oleh FRU dan kuncu-kuncunya.  Tahniah di atas keberanian anda semua untuk mengembalikan semula hak rakyat….

* Mohd Nuri adalah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Last Updated ( Monday, 03 August 2009 13:48 )
 

Manek Urai : UMNO Dakwa Menang, Bolehlah Janji Dilaksanakan Segera!

E-mail Print PDF

fadhliPulang dari Manek Urai sebentar tadi, saya terus sahaja menyaksikan Nightline TV3 jam 12.00 malam bagi melihat apakah ulasan TV3 saluran UMNO dengan kemenangan tipis PAS di Manek Urai. Tepat sekali jangkaan saya, pemimpin UMNO memang tidak pernah mahu merendah diri dengan pilihan rakyat. Antara kata-kata yang boleh didengar ialah dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohammad yang menyatakan bahawa PAS sebenarnya kalah dalam pilihanraya ini. Katanya lagi, majoriti yang tipis ini membuktikan rakyat menerima kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Sekali lagi UMNO cuba bermain sandirawa dengan keputusan pilihanraya kecil Manek Urai ini. Kata Mustapha, PAS sebenarnya kalah. Kalau kalah, kenapa tidak Tuan Aziz sahaja diisytihar sebagai pemenang? Kenapa ‘penjual ikan yang tidak berkelulusan tinggi’ itu juga yang mengangkat tangan sebagai pemenang di pusat perjumlahan undi? Sepatutnya Mustapha turut sama berada di atas pentas mengangkat tangan dengan segera dan melaungkan, UMNO menang! Tapi jika begitu yang dibuat oleh Mustapha, bimbang nanti polis-polis yang begitu ramai akan segera mengiringi ke Hospital Kuala Krai yang tidak jauh dari situ!

 

Mustapha perlu ingat, 65 majoriti tetap merupakan kemenangan. Jika 65 majoriti itupun dianggap sudah kalah, maka bagaimana di Perak yang UMNO/BN memerintah sekarang secara haram tanpa majoriti sokongan dari rakyat pun! PAS menang di Manek Urai secara anak jantan walaupun tipis majoriti, tetapi UMNO/BN merampas Perak dengan gaya pondan dan pengecut!

 

Baiklah, jika UMNO dianggap menang. Laksanakan segera janji UMNO di Manek Urai. UMNO perlu menghormati 5283 pengundinya yang inginkan jambatan baru berharga RM7 juta. UMNO juga perlu hargai 5283 pengundinya yang mahu Manek Urai menjadi ’anak emas’ kerajaan. Dan juga perlu ingat, 5283 pengundi Manek Urai mahu melihat kampung mereka menjadi daerah agropolitan sebagaimana yang dijanjikan. Bilakah mahu mula laksanakan janji itu? Khabarnya sebelum ayam berkokok esok hari!

 

Dakwa Mustapha lagi, majoriti tipis ini membuktikan rakyat Manek Urai menerima kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Ini satu lagi dakwaan melucukan. Najib menjadi PM bukan sahaja di Manek Urai bahkan di seluruh Malaysia. Kalau Manek Urai dikatakan menerima, bagaimana pula di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebelum ini, kenapa tidak dikatakan menolak? Perlu diingat, undi PAS hanya merosot 399 undi sahaja! Dan sejarah membuktikan jika PAS kalah tipis dalam pilihanraya kecil, PAS akan menang besar dalam pilihanraya umum. Namun sebaliknya, jika PAS menang tipis dalam pilihanraya kecil, ia akan mencipta kemenangan lebih besar dalam pilihanraya umum. Ini boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut :

 

1. Dun Pengkalan Pasir, Pasir Mas : PAS kalah dengan majoriti 134 undi dalam pilihanraya kecil Disember 2005. Namun dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang dengan majoriti 2,348 undi. Rujuk di sini

 

2. Dun Semerak, Pasir Puteh : PAS kalah dengan majoriti 778 undi dalam pilihanraya kecil Ogos 1997 (rujuk). Namun dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang dengam majoriti 1475. (rujuk)

 

3. Sebaliknya di Dun Pulai Chondong : PAS menang dengam majoriti 118 undi dalam pilihanraya kecil 1996, tetapi dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang 2318. (rujuk)

 

Jika dilihat dalam konteks Pakatan Rakyat sekalipun, sifir ini tidak jauh berbeza sebenarnya. Kita boleh saksikan contohnya dalam pilihanraya kecil Dun Ijok yang menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim kalah pada tahun 2007 tetapi memenanginya semula dalam pilihanraya umum 2008.

 

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada teori tersebut, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa UMNO akan kempunan lagi untuk menawan Manek Urai dalam pilihanraya umum yang akan datang, Insya-allah. Namun, itu tidak menghalang UMNO melaksanakan janjinya. Apatah lagi, peti undi Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama ditawan oleh UMNO dalam pilihanraya kecil ini. Seharusnya ini boleh dibaca sebagai permintaan rakyat agar jambatan ’emas’ yang dijanjikan Tan Sri Muhyidin Yasin dibina segera!

 

Jadi, penduduk Manek Urai bolehlah mula membilang hari untuk menerima jambatan baru tersebut. Bermula esok dengan kiraan hari yang pertama. Jangan nanti bila kiraan itu mencecah angka 1000 (3 tahun?), batu asas jambatan pun masih belum kelihatan.

 

AHMAD FADHLI SHAARI

 

Pasir Mas, 12.50am

Last Updated ( Saturday, 18 July 2009 23:30 )
 

Ganas : UMNO Perlu Melihat Sejarah

E-mail Print PDF

fadhlitokmatHari ini terpampang di muka hadapan Sinar Harian kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Mustapha Mohamed di bawah tajuk Kita Bukan Nak Berperang. Beliau dikatakan kesal dengan kenyataan pemimpin PAS yang sanggup ‘bergocoh’ atau bertumbuk demi pertahankan DUN Manek Urai. Di dalam kenyataan lanjutnya, beliau juga menyebut istilah ‘bertumpah darah’ yang didakwanya diucapkan oleh pemimpin PAS.

Kita tidak tahu siapakah yang dimaksudkan oleh Mustapha, namun perlulah diingatkan bahawa istilah ‘bertumpah darah’  sangat-sangat difahami oleh rakyat Kelatan. Ia bukanlah dengan makna menumpahkan darah dan berperang. Tetapi ia difahami sebagai berusaha bersungguh-sungguh. Samalah jika disebut ‘bercawat kote’ bukanlah bermakna memakai cawat, tetapi berhempas-pulas. Jika Mustapha boleh memahami dengan jujur, saya rasa ia bukanlah satu masalah yang besar.

Bagaimanapun, dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustapha membayangkan bahawa UMNO benar-benar merupakan parti yang sama sekali tidak inginkan keganasan dan bertindak ganas. Jika dilihat dari konteks ‘bergocoh’, rakyat Kelantan tidak lupa dengan aksi YB Nozula Mat Diah di dalam Sidang DUN Kelantan hampir dua tahun yang lepas. Itukah yang dinamakan perdamaian dari kaca mata Mustapha?

UMNO mungkin tidak suka ‘bergocoh’, namun mereka pernah merempuh masuk perkampungan Memali dan menyebabkan berbelas-belas individu tidak berdosa mati pada tahun 1985. Begitu juga dengan penubuhan Pemuda Tahan Lasak satu ketika dulu yang menyebabkan kekacauan hasil perbezaan fahaman politik. Akta ISA yang zalim juga adalah bukti yang masih wujud jika ingin berbicara soal perdamaian.

UMNO mungkin tidak suka ‘bergocoh’, tetapi lebih dari itu, mereka sanggup.

*Ahmad Fadhli merupakan ahli jawatankuasa kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Last Updated ( Tuesday, 16 June 2009 13:26 )
 

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 4

DPP Kelantan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Tingkat 1, Bangunan PAS,
Jalan Dato Pati,
1500 Kota Bharu,
Kelantan

dppkelantan@pas.org.my