Dewan Pemuda PAS Kelantan

Lain-lain

Hasil tulisan selain pemuda

MEMORANDUM ISU PEMBAYARAN ROYALTI

E-mail Print PDF

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;

Yang Amat Berhormat Dato' Seri;

Dengan hormatnya ini adalah MEMORANDUM DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KELANTAN kepada YAB Dato' Seri Perdana Menteri Malaysia berkait dengan isu pembayaran Royalti Minyak Negeri Kelantan.

Bahawa Isu pengeluaran petroleum sebagai hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik yang sempit.

Bahawa semasa perbahasan Akta Pembangunan Petroleum 1974 oleh Tun Abdul Rahman Ya'kub, Ketua Menteri Sarawak seperti hansard Dewan Rakyat bertarikh 24 November 1974 muka surat 2371 yang menyatakan;

Saya juga sukacita melihat dalam Fasal 2, bahawa hak untuk mengeluarkan pemberian hak-hak seperti terkandung dalam Jadual terserah kepada Kerajaan yang mempunyai kuasa kepada kawasan yang berkenaan. Bagi pihak kerajaan Negeri Sarawak saya ingin menyatakan bahawa kita berpendapat adalah menjadi hak Negeri Sarawak mempunyai kuasa di bawah Seksyen 2 tadi mengeluarkan pemberian hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan berkenaan dengan petroleum seperti terdapat dalam Jadual Undang-undang ini meliputi bukan sahaja kawasan daratan tetapi juga kawasan yang disebut offshore termasuk continental shelf. Saya sungguh gembira ada tersebut dalam Rang Undang-undang ini iaitu sebagai pengakuan kepada hak ini pihak PETRONAS akan memberi bayaran wang tunai kepada Kerajaan yang berkenaan. Dengan cara begini maka Kerajaan Negeri berkenaan akan dapat sedikit wang, walaupun tak banyak yang boleh digunakan dalam pentadbiran negeri dan juga dalam pembangunan”.

Bahawa hasrat Almarhum bekas Perdana Menteri ayahanda Yang Amat Berhormat Dato' Seri, YAB Tun Abdul Razak di Parlimen semasa perbahasan Akta yang sama pada waktu itu sebagaimana jawapannya di parlimen dahulu perlu difahami YAB Dato' Seri;

Tuan yang Di Pertua, semua negeri di Malaysia melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor telah pun bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan peraiaran atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.”

Bahawa secara kesimpulannya adalah sebagaimana berikut:-

  1. Tidak ada had 3 batu nautika seperti yang beberapa pemimpin sebutkan sekarang.
  2. Offshore sesuatu negeri tidak tertakluk kepada 3 batu nautika bahkan meliputi continental shelf.
  3. Bayaran tunai tersebut dibayar kepada Kerajaan Negeri dan tidak dirampas di tengah jalan atas apa juga alasan.
  4. Akta ini mengakui hak ke atas petroleum adalah hak negeri yang akan diserahkan kepada Petronas dengan timbal balas bayaran tunai.

Maka adalah kami DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KELANTAN setelah dipermusyawarahkan di Majlis Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan di Kota Bharu pada 9hb. November 2009 dengan ini telah mengambil resolusi untuk membuat tuntutan sebagaimana perkara-perkara yang berikut:-

  1.  
    1.  
      1. Bahawa YAB Dato' Seri menarik balik pengumuman bahawa Kerajaan Pusat akan membayar Wang Ihsan kepada Negeri Kelantan.
      2. Bahawa YAB Dato' Seri membuat pengumuman baru bahawa Kerajaan Pusat akan membayar Wang Royalti kepada Negeri Kelantan sebagaimana hak yang telah termaktub.
      3.  Bahawa YAB Dato' Seri membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Kelantan di atas penafian hak rakyat Kelantan terhadap wang royalti tersebut selama ini.

 

Memorandum ini bertarikh 12hb November 2009

 

YB Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Rahman

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

 

Last Updated ( Tuesday, 24 November 2009 17:07 )
 

Tewas 4 pilihan raya kecil pasca 2008 punca Najib gelabah

E-mail Print PDF

BN mulai ditimpa nasib malang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh kemudian diikuti di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

KOTA BHARU, 19 April (Hrkh) - Sindrom kekalahan empat pilihan raya kecil di semenanjung pasca pilihan raya umum ke-12 mungkin membuatkan Barisan Nasional (BN) mulai serik untuk bertarung lagi di gelanggang demokrasi.

Sedangkan sejak merdeka sehingga sehingga Mac 2008 Umno dan BN mendominasikan semua pilihan raya kecil di negara ini kecuali di Kelantan.

Namun, semua kelebihan yang pernah dinikmati BN sebelum ini seperti semakin berakhir, lebih-lebih lagi di bawah kepemimpinan Dato' Seri Najib Razak yang muncul dengan wajah 'comot'.

Maka tidak hairanlah apabila apabila Perdana Menteri membuat kenyataan BN akan mengkaji untuk tidak meletak calon pada pilihan raya kecil Dewan Udangan Negeri Penanti, Pulau Pinang ekoran perletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti Khamis lalu.

Penganalisis politik tempatan, Wan Nik Wan Yusof berkata, BN semakin lemas berdepan depan suasana politik baru sekarang apabila mempamerkan sikap keluh kesah ketika berdepan Pakatan Rakyat di pentas pilihan raya.

"Kalau sebelum ini mungkin jarang sangat kita mendengar di negara ini ada wakil rakyat yang sanggup meletak jawatan ekoran masalah peribadi yang dihadapi.

"Sedangkan perkara seperti itu sudah lama berlaku di negara-negara maju. Misalnya Jepun Perdana Menteri atau menteri akan meletak jawatan apabila berlaku sesuatu masalah.

"Budaya itu sudah lama berakar umbi dalam masyarakat di negara maju. Sebaliknya Umno dan BN takut berdepan dengan suasana seperti ini. Sepatutnya mereka berterima kasih kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang telah memulakan era politik baru di negara ini," katanya.

Selain itu katanya, Pakatan Rakyat juga cuba mencetus politik baru apabila tidak berkompromi dengan mana-mana pemimpin yang tidak mempunyai intergriti tinggi.

Kata beliau Pakatan Rakyat sedang dalam proses untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jati diri dan fikrah dalam perjuangan bagi memastikan nasib rakyat benar-benar terbela.

"Inilah yang membezakan di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Rakyat boleh membuat penilaian sendiri. Dan rakyat sudah mulai memahaminya apabila ditengok dalam kajian kes di empat pilihan raya kecil di semenanjung," katanya.

Perdana Menteri semalam dilaporkan memberitahu BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihanraya kecil Dun Penanti atau sebaliknya.

Bagaimanapun bagi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad BN tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon pada pilihanraya kecil Dun Penanti.

Manakala Ketua Pergerakan Puteri Umno, Dato' Rosnah Abdul Rashid Shirlin mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang bagi membolehkan tindakan diambil terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan atas sebab peribadi.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, kenyataan Perdana Menteri kononnya tidak berminat bertanding di Dun Penanti tidak lebih sebagai usaha untuk meraihkan simpati rakyat selepas parti itu kehilangan sokongan di semenanjung.

"Kalau sebelum ini pemimpin Umno menunding jari ke arah Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai punca kekalahan BN, namun sekarang selepas Najib mengambil alih teraju negara, rakyat juga tidak menyokong Umno.

"Maka tidak hairanlah apabila perdana menteri baru membuat kenyataan mengkaji semula penyertaan BN dalam pilihan raya kecil di semenanjung," ujarnya. - mj_

 

DPP Kelantan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Tingkat 1, Bangunan PAS,
Jalan Dato Pati,
1500 Kota Bharu,
Kelantan

dppkelantan@pas.org.my