Dewan Pemuda PAS Kelantan

Berita Utama



Pencuri Dibelasah : Kembalilah Kepada Syariat Islam

E-mail Print PDF
  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan rasa kesal terhadap beberapa insiden individu yang disyaki pencuri dibelasah sehingga maut yang berlaku akhir-akhir ini. Sewajarnya kejadian demikian tidak berlaku sekrianya semua pihak menghormati undang-undang dan tidak bertindak mengikut perasaan dan emosi masing-masing. Dari sudut yang lain, DPPNK ingin mengajak semua pihak berfikir kenapakah kes-kes seperti ini boleh berlaku? Jelas sekali berlaku ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat terhadap hukuman atau punishment yang dikenakan terhadap individu yang terlibat dengan kes kecurian. Banyak berlaku kes di mana mereka yang didapati bersalah dikenakan hukuman penjara dan akan bebas beberapa tahun kemudian seterusnya kembali melakukan jenayah yang sama.
  2. Akur atau tidak, inilah tanggapan yang berlegar di tengah-tengah masyarakat pada hari ini. Hasilnya, tahap ketidakpercayaan terhadap undang-undang menjadi semakin tinggi dan menyebabkan masyarakat mula bertindak mengikut emosi sendiri.
  3. Dalam masa yang sama, kes-kes jenayah khususnya kecurian semakin mencatat peningkatan dari tahun ke tahun yang jelas sekali membuktikan wujudnya suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat awam. Individu-individu yang terlibat sebagai penjenayah pula tidak takut untuk melakukan jenayah yang sama berulang kali sekalipun sedar akan dikenakan hukuman sekiranya didapati bersalah.
  4. DPPNK mengajak semua pihak dan kerajaan untuk memerhatikan dengan serius scenario ini. Sudah sampai masanya untuk kembali kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Di dalam kes mencuri, al-Quran telah menetapkan hukuman potong tangan kepada pencuri sebagai pencegahan yang paling berkesan. Perhatikanlah maksud firman Allah SWT : Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai pencegahan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Maidah, ayat 38)
  5. Hukuman potong tangan terhadap pencuri tidak boleh dilakukan oleh mana-mana pihak sesuka hati melainkan oleh kerajaan yang mempunyai kuasa. Dengan kadar kecurian yang tertentu, ia juga hanya dilakukan setelah melalui proses pengadilan di mahkamah dan perlu dilaksanan di hadapan khalayak ramai. Ini bagi menanam rasa gerun di kalangan masyarakat untuk melakukan jenayah berkenaan. Apa yang paling penting, ia merupakan satu pencegahan daripada Allah SWT.
  6. Hakikatnya, masanya telah tiba untuk memikirkan kembali dengan serius langkah pencegahan yang benar-benar dapat mencegah daripada berlakunya jenayah seperti ini. DPPNK yakin sekiranya semua pihak kembali kepada hukuman yang telah diajar di dalam Islam di samping mempergiatkan aktiviti kesedaran di kalangan warga awam, Insya-allah kes-kes individu yang disyaki pencuri dipukul sampai mati tidak akan berulang di masa-masa akan datang.

 

fadhlishaari

AHMAD FADHLI BIN SHAARI

Ketua Penerangan,Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Bertarikh : 16 Disember 2010 / 10 Muharam 1432

 

PAS Menang Maruah

E-mail Print PDF
sinarharian-bangunan_dppnk

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kejayaan mendapatkan bekas bangunan UMNO Kota Bharu di sini, memberi kemenangan dua dalam satu kepada Pas. 

Menurutnya, selain mendapat memiliki bangunan yang sangat bernilai itu, imej parti lawan secara tidak langsung terjejas, sekali gus memberi kelebihan kepada Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha untuk menawan Putrajaya. 

“Saya mengibaratkan seperti sebiji batu dapat kepada dua burung, dapat bangunan dan jatuhkan imej lawan, kita mendapat keuntungan berganda dari satu perkara,” katanya berucap pada majlis penyerahan kunci bangunan itu kepada Pemuda Pas di sini, semalam. 

Bangunan yang dinamakan sebagai ‘Al-Syabab Point’ itu dibeli dengan harga RM4.5 juta bakal menjadi pejabat Pemuda Pas negeri dan pusat komersial setempat. 

Perjanjian jual beli bangunan itu dilakukan di sebuah hotel di Gua Musang, kelmarin, yang ditandatangani antara bekas Ketua UMNO Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim dengan Setiausaha Pas Kelantan, Zaki Ibrahim. 

Difahamkan bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh lama berjaya disiapkan Zaid yang kini bertindak sebagai penyelaras Pakatan Rakyat (PR). 

April lalu, UMNO Kota Bharu yang diketuai, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan. 

Terdahulu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menaikkan bendera Pas di hadapan bangunan itu sebagai simbol pemilikan bangunan yang dianggap bersejarah kepada Pas kepada Pas Kelantan. 

Dalam ucapan itu, Nik Aziz turut menegaskan, jika Pas dapat memiliki bangunan UMNO itu serta menguasai Kota Bharu, maka tidak mustahil parti itu dapat mengusai Putrajaya kelak. 

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Abd Latif Abd Rahman berkata, pemilikan bangunan itu sekali gus dapat meningkat semangat pemuda untuk terus bekerja bagi meningkat sokongan kepada Pas.

 

Bangunan DPPNK

E-mail Print PDF
dppnk-zaid

KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

bangunan_dppnk

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

“Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

“Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.

Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk’ Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat.

 

Perutusan Khas Ramadhan 1431H; Penyucian Diri Untuk Kembali Kepada Fitrah

E-mail Print PDF
Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya. 

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air, tanah, api, udara dan sebagainya. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskan jika tidak Allah SWT sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia, adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Jurupandu kepada umat ini ialah para anbiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan Ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Yang bermaksud : Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). 
- Surah al-Baqarah, ayat 185

Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini. 

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT. 

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati. Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
Yang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Selain itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT. Semuanya ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita bukan hanya ketika di bulan Ramadhan tetapi sepanjang masa. Semoga bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Semoga Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.

yab-mb
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA 
DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT 

Bertarikh : 10 Ogos 2010 / 29 Syaaban 1431
Last Updated ( Tuesday, 10 August 2010 13:20 )
 

Demonstrasi Bantah APCO

E-mail Print PDF

KOTA BHARU, 23 Apr - Tindakan kerajaan pusat menerima nasihat daripada perunding APCO Wordwide dalam bidang komunikasi negara akan mengakibatkan penjajahan era baru di negara ini.

PAS Kelantan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri dan Dewan Muslimat telah mengadakan satu demontrasi aman di Dataran Ilmu sebaik sahaja kuliah mingguan yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan berakhir pagi tadi.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakub, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Datuk Mohamed Daud.

Ribuan rakyat tidak berganjak bagi mendengar ceramah ringkas yang disampaikan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua Pemuda PAS Abdul Latif Abdul Rahman.

Mohd Zaki berkata penerimaan negara ini terhadap syarikat APCO menggambarkan kerajaan negara kini berada dalam konkongan yahudi kerana APCO adalah merupakan syarikat yang pernah menjadi penasihat kepada Perdana Menteri Rejim Israel dulu dan kini Amerika juga menggunakan mereka.

“Penglibatan APCO dalam negara adalah cukup bahaya, ia pernah digunakan oleh Israel tahun 1992 untuk menasihati Perdana Menteri masa itu dan ia juga pernah digunakan oleh Pimpinan Barat”katanya.

Latar belakang syarikat ini adalah merupakan satu isu yang besar dan maklumat yang dikongsi bersama APCO, ini boleh membahayakan keselamatan negara.

“Kita sering mempertahankan maklumat negara ini tetapi kalau ini yang berlaku, ia dengan sendirinya maklumat negara akan mudah sampai ke tangan pihak lain”ujar beliau lagi.

Oleh itu PAS Kelantan mengambil tindakan mendesak kerajaan Pusat agar membatalkan dengan segera hubungan dengan APCO ini kerana sekiranya kita menggunakan khidmat mereka ia seolah-olah kita membantu pihak rejim Yahudi yang secara jelasnya menindas umat Islam di dunia ini.

Zaki juga berkata setakat ini pelbagai tindakan telah diambil oleh Pakatan Rakyat seperti oleh Ahli Parlimen dalam mendesak agar Pusat menamatkan khidmat APCO tersebut.

“Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah mendesak agar Perdana Menteri memberi penjelasan yang sebaik mungkin tentang perkhidmatan APCO di negara ini agar rakyat dapat penjelasan terhadap isu ini”katanya lagi.

Pakatan Rakyat akan menggunakan saluran yang ada dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat terhadap isu APCO dan sudah banyak laporan polis telah dibuat di seluruh negara dan diharapkan ia dapat penyiasatan menyeluruh dari pihak keselamatan negara.

Demontrasi tersebut turut menyaksikan pembakaran patung Perdana Menteri Israel oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

sumber: gegarkelantan.net

 

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 129

Warning: Illegal string offset 'active' in /home/dppklntn/public_html/v2/templates/ja_vauxite/html/pagination.php on line 135
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 12

DPP Kelantan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Tingkat 1, Bangunan PAS,
Jalan Dato Pati,
1500 Kota Bharu,
Kelantan

dppkelantan@pas.org.my