Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Memimpin Kebangkitan Anak Muda

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • image
  • image

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

MINYAK DAN IPP : KERAJAAN MEMILIH UNTUK MENINDAS RAKYAT DAN MEMELIHARA PARA KRONI

Tindakan menaikkan harga minyak dengan alasan mengurangkan bebas subsidi adalah merupakan satu tindakan yang tidak dapat diterima oleh rakyat. Alasan yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia sewaktu mengisytiharkan pengurangan subisidi ini ialah untuk menjimatkan RM1.1 billion wang kerajaan untuk tahun ini dan RM3.3 billion untuk tahun 2014.

Perlu diingatkan bahawa kenaikan harga minyak pasti akan mendatangkan kesan kepada harga barangan keperluan. Penjimatan wang kerajaan sebanyak RM1.1 billion untuk tahun ini tidak membawa apa-apa kesan positif kepada kehidupan harian majoriti rakyat yang akan terhimpit dengan kos kehidupan yang tinggi.

Saya berpandangan, daripada kerajaan menaikkan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen seliter yang hanya mendatangkan penjimatan RM1.1 billion untuk tahun ini, adalah lebih utama sekiranya kerajaan mengkaji balik perjanjian dengan mengkaji semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan penjana Tenaga Bebas (IPP).

Menurut Datuk Peter Chin Fah Kui pada 24 Mei 2011 yang pada masa itu merupakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, penjana Tenaga Bebas (IPP) menikmati sebanyak RM19 billion subsidi istimewa dari kerajaan. RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa “dilepaskan” oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus membekalkan kuasa eletrik kepada seluruh negara.

Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan.Jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia. Bahkan dalam masa yang sama harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB)adalah harga yang lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB. Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya.

Persoalan ini bukan sahaja dibangkitkan oleh rakyat bawahan bahkan ia pernah disuarakan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB sendiri, Tan Sri Ani Arope di mana beliau pernah menyatakan kepada umum pendiriannya yang tidak setuju perjanjian PPA.

Saya menyeru agar kerajaan bertindak dengan adil di dalam menguruskan keperluan rakyat. Kenaikan harga RM0.20 sen sekalipun nampak tidak seberapa di mata kerajaan tetapi tetap merupakan kos yang tinggi di sisi rakyat ditambah dengan kenaikan harga barang yang bakal menyusul.

Desakan saya, kerajaan jangan hanya pandai menarik subsidi dari rakyat tetapi membiarkan para kroni bermewah-mewah dengan subsidi yang jumlahnya tidak sedikit.

Sekian.

¬-AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan DPPNK
3 SEPTEMBER 2013

You are here: Home Berita MINYAK DAN IPP : KERAJAAN MEMILIH UNTUK MENINDAS RAKYAT DAN MEMELIHARA PARA KRONI