Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Memimpin Kebangkitan Anak Muda

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • image
  • image

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Isu Intipan : Kerajaan Malaysia Digesa Betindak Tegas

Saya menggesa kerajaan Malaysia agar betindak tegas terhadap dakwaan bahawa negara ini sedang diintip oleh Amerika Syarikat melalui kedutaannya di sini. Isu pengintipan ini timbul berikutan laporan akhbar berhubung dakwaan pemberi maklumat perisikan, Edward Joseph Snowden yang mendedahkan bahawa Amerika Syarikat (AS) mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaannya di Kuala Lumpur.

Saya menyifatkan intipan seperti ini sebagai satu bentuk penjajahan baru yang tidak wajar dilakukan oleh mana-mana negara di zaman moden seperti sekarang. Kita bukan lagi berada di zaman Perang Dunia di mana semua isu keselamatan dipantau oleh Amerika Syarikat yang mendakwa sebagai polis dunia. Di zaman moden abad ke-21 ini, adalah amat memalukan apabila sesebuah negara berdaulat masih diintip oleh negara lain atas sebab keselamatan.

Perlu diingatkan apa jua penjajahan dan serangan ketenteraan yang berlaku di dalam sejarah pastinya akan dimulakan dengan proses intipan. Jepun misalnya sebelum menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 telah memulakan proses intipan beberapa tahun sebelum itu melalui ejen-ejen yang menyamar sebagai orang awam. Demikian juga serangan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu beberapa bulan lepas juga dilaporkan dimulai dengan proses intipan begitu lama oleh ejen-ejen mereka yang bergerak di dalam masyarakat awam.

Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk Amerika Syarikat melakukan sebarang kegiatan intipan sekalipun hanya intipan eletronik di negara ini. Selaku sebuah negara yang mempunyai kedaulatan sendiri dan mempunyai hubungan diplomatik dengan Amerika, adalah sangat tidak wajar kegiatan sebegini dilakukan.

Justeru, saya menggesa agar kerajaan Malaysia melakukan tindakan yang lebih tegas selain daripada menghantar nota bantahan. Ini termasuklah menangguhkan serta merta rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pacific (TPPA) dengan Amerika dan juga Australia yang dikatakan turut terlibat. Selain itu, bantahan demi bantahan wajib disuarakan melalui Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia termasuklah menutup sementara Kedutaan Amerika Syarikat jika perlu. Pada saya, tindakan sebegini wajib dilakukan demi menjamin kedaulatan negara tidak sewenang-wenangnya dicabul oleh negara asing.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 6 November 2013

You are here: Home Berita Isu Intipan : Kerajaan Malaysia Digesa Betindak Tegas