Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Memimpin Kebangkitan Anak Muda

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • image
  • image

Welcome to the Frontpage

Isu Bawani : Pemuda PAS Kelantan Simpati Nasib Sharifah

Email Print

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merakamkan simpati terhadap nasib yang menimpa Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang mencetuskan kontroversi apabila bertindak keterlaluan ke atas seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani di dalam satu majlis forum yang diadakan di universiti tersebut baru-baru ini. Ini kerana, pemimpin UMNO/Barisan Nasional kelihatan memisahkan diri dari tindakan Sharifah dan mula menafikan kaitan dengannya ekorannya tindakannya yang dilihat akan menjauhkan golongan mahasiswa daripada UMNO/Barisan Nasional.

 

Di antara pemimpin yang dlilihat memberikan kenyataan tidak menyebelahi Sharifah dalam isu ini ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Shaifudin Abdullah, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Timbalan Ketua Pemuda MIC V.Mugilan. Setakat ini tidak kelihatan mana-mana pemimpin UMNO/Barisan Nasional yang menyebelahi Sharifah. Ditambah lagi dengan kebangkitan warga maya yang mengutuk habis-habisan tindakan Sharifah membuktikan lagi bagaimana tindakan beliau di dalam forum tersebut tidak dapat diterima oleh akal yang sihat.

 

Dalam hal ini, DPPNK ingin menasihatkan kepada Sharifah dan semua pihak yang menjadi talibarut UMNO/Barisan Nasional, mereka akan dilemparkan ke tepi apabila dilihat menjadi beban sekalipun mereka bertungkus lumus selama ini untuk bekerja memastikan kemenangan. Inilah nasib yang sedang menimpa Sharifah.

 

Justeru, DPPNK menuntut agar Sharifah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada KS Bawani dan menjadikan peristiwa ini sebagai iktibar untuk masa hadapan. Untuk KS Bawani, DPPNK merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas keberanian untuk berdiri menyatakan kebenaran.

 

Terima kasih.

 

Yang menjalankan tugas,

 

MOHD HAFIZ BIN MUSA,

Naib Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

 

Bertarikh : 16 Januari 2013

Anak Muda

Anak muda ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Kl112

Email Print

Isu Tanah Tergadai : UMNO Kelantan Terkial-kial

Email Print

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyelar kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat dakwaan kononnya tanah rizab melayu di Kelantan terlepas ke tangan bukan Melayu. Pada pandangan DPPNK, kenyataan Mustapa yang disiarkan oleh akhbar-akhbar hari ini 6 Januari 2013 sekali lagi membuktikan kelayakannya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan sudah hilang sama sekali. Hakikatnya, Mustapa sedang terkial-kial untuk mengumpul semula kekuatan UMNO Kelantan yang sedang berangan-angan untuk merampas Kelantan di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam isu tanah rizab Melayu, DPPNK suka mengingatkan Mustapa agar merujuk kepada jawapan yang dikemukakan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan YB Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [Balik Pulau] berkenaan jumlah keluasan tanah Rizab Melayu mengikut negeri-negeri di Malaysia. Ia disenaraikan di dalam jawapan bagi soalan bukan lisan no. 348 pada Januari - April 2011. Di dalam jawapan tersebut, dinyatakan bahawa keluasan tanah rizab Melayu di Kelantan ialah seluas 1.3 juta hektar iaitu paling tertinggi di Malaysia. Perbezaan ketara dapat dilihat jika dibandingkan dengan negeri Pahang yang mempunyai keluasan tanah tiga kali ganda Kelantan tetapi hanya mempunyai tanah rizab Melayu seluas 0.4 juta hektar sahaja. Fakta-fakta ini boleh dirujuk oleh Mustapa di pautan : http://www.nre.gov.my/parlimen/Lists/DispFormJawapanBL.aspx?ID=244

Ini menunjukkan bahawa PAS di Kelantan lebih pandai menjaga tanah rizab Melayu berbanding UMNO. Sejarah menunjukkan bahawa sepanjang 12 tahun UMNO memerintah Kelantan, merekalah yang bertanggungjawab melepaskan tanah rizab Melayu di Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat yang mana hari ini nama yang tertera di dalam geran ialah nama bekas pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong. Chow Yong calon tunggal MCA menang di kerusi DUN Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri. Hari ini, berpuluh-puluh penduduk di atas tanah tersebut sedang diancam keluar. Di mana Mustapa dalam isu ini? Mujur juga UMNO hanya sempat mentadbir Kelantan selama 12 tahun, jika tidak barangkali masih banyak tanah rizab Melayu di Kelantan tergadai!

Selain itu, DPPNK juga melihat bahawa Mustapa barangkali dihinggapi penyakit lupa terhadap fakta bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasionallah yang telah meminda Enakmen Rizab Melayu (ERM) bagi membolehkan tanah rizab Melayu dipajak kepada bukan Melayu untuk dimajukan. Sedarkah Mustapha bahawa inilah yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2004 setelah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-60? Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Ogos 2004 di dalam bahagian Ekonomi. Lihat http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Seterusnya, jika memajak tanah rizab Melayu untuk kemajuan negeri merupakan satu kesalahan, maka kenapakah di negeri yang diperintah oleh UMNO, ia tidak menjadi satu kesalahan? Di negeri Perlis misalnya, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada 15 Mac 2012 yang lalu menyatakan bahawa kerajaan negeri Perlis sedang mengkaji kemungkinan memajak tanah rizab Melayu bagi tujuan pembangunan. Ini boleh dibaca di pautan berikut : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/3/16/mstar_berita/20120316175658&sec=mstar_berita

DPPNK ingin menasihatkan Mustapa dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain agar tidak berterusan memainkan isu tanah rizab Melayu yang dikatakan tergadai di Kelantan. Malulah sedikit dengan negeri Johor yang diperintah oleh UMNO/Barisan Nasional yang telah melepaskan begitu mudah tanah rizab Melayu seluas 16,997 hektar di dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar.

DPPNK menasihatkan UMNO Kelantan khususnya Mustapa lebih berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan di masa akan datang. Dalam hal ini, DPPNK ingin menyuarakan simpati kepada UMNO Kelantan kerana Ketua Penerangannya sendiri sedang diserang hebat oleh anak buahnya di Pengkalan Chepa. Barangkali kerana inilah serangan UMNO Kelantan kelihatan bercelaru dan tidak tentu arah.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Bertarikh : 6 Januari 2013

Amanat Haji Hadi : Penjelasan Secara Langsung Adalah Kaedah Terbaik Leraikan Kekusutan

Email Print

Saya terpanggil untuk memberikan respon terhadap kenyataan beberapa orang mufti berkaitan isu permintaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk muncul di kaca televisyen secara langsung bagi memberikan penjelasan berkenaan apa yang didakwa sebagai 'Amanat haji Hadi'. Kenyataan para mufti yang dimaksudkan ialah seperti yang tersiar di dalam akhbar-akhbar pada hari ini 2 Januari 2013.

Saya ingin melahirkan rasa terkilan dan tidak bersetuju dengan pandangan para mufti yang beranggapan bahawa siaran langsung penjelasan tersebut tidak perlu kerana akan menambah kekeliruan. Bahkan ada yang mempertikaikan niat sebenar Presiden PAS tersebut adakah mahu memberikan penjelasan ataupun mahu mencari populariti?

Pada saya, tidak timbul isu mencari populariti kerana pihak yang mencetuskan kembali isu yang telah berlalu tiga dekad ini ialah media massa milik UMNO/Barisan Nasional sendiri. Presiden PAS telah dikutuk dan dilanyak selama berminggu-minggu dengan pelbagai jenis kecaman dan tohmahan, justeru beliau berhak untuk memberikan penjelasan yang boleh diakses oleh semua pihak.

Sekiranya penjelasan Presiden PAS dibimbangi menimbulkan kekeliruan, adakah para mufti sendiri sanggup menegur sikap kerajaan yang membenarkan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan yang disiarkan secara langsung melalui kaca televisyen yang tentunya mempunyai kesan sosial terhadap anak muda? Adakah adil namanya apabila ucapan Presiden UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO disiarkan terus menerus secara langsung namun hak Presiden PAS untuk memberikan penjelasan ke atas fitnah yang dilemparkan hanya untuk sejam telah dinafikan?

Tidakkah ruang sejam yang diberikan kepada Presiden PAS itu boleh dijawab semula dengan penjelasan selama berminggu-minggu oleh para mufti ini? Atau mufti-mufti ini merasa tidak yakin dengan kemampuan ilmu yang ada pada mereka untuk menjawab kembali penjelasan Presiden PAS?

Perlu diperjelaskan bahawa saya menghormati para mufti atas ilmu dan kedudukan yang dimiliki, namun dalam hal ini saya memohon izin untuk berbeza pandangan. Pada saya, jika para mufti hanya ingin bersuara di atas kepentingan UMNO/Barisan Nasional, lebih tepat jika sekiranya berundur secara terhormat dan menyertai politik sepenuh masa.

Justeru, saya ingin mengulangi pendirian bahawa Presiden PAS berhak diberikan peluang untuk muncul secara langsung melalui televisyen bagi memberikan penjelasan. Adapun cadangan agar beliau menggunakan web tv melalui internet adalah tidak relevan sama sekali kerana ia tidak mampu dicapai oleh semua pihak berbanding fitnah dan tohmahan terhadap beliau yang telah diulang-ulang selama beberapa minggu melalui media massa utama.

Berkait dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO. Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa siaran langsung penjelasan Presiden PAS adalah merbahaya, saya hanya ingin menyuarakan simpati kepada Pemuda UMNO kerana mempunyai ketua seperti ini. Barangkali inilah faktornya beliau tidak terpilih menjawat apa-apa jawatan dalam kabinet Perdana Menteri, datuk Seri Najib Tun Razak sekalipun memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Sekian.

Dengan hormat,
ABDUL LATIFF ABD RAHMAN,
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Bertarikh : 2 Januari 2013

Mulut Celupar : Muhyiddin Wajar Cermin Diri

Email Print

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai ‘bermulut celupar’ kerana mengatakan bhawa orang Melayu yang menyokong UMNO adalah mungkar. Kenyataan Muhyiddin tersebut disiarkan oleh beberapa akhbar termasuk Berita Harian dan Sinar Harian hari ini 23 Disember 2012.

DPPNK melihat kenyataan terbaru Muhyddin ini sebagai satu kenyataan yang melampau dan tidak berasas. Ia dihamburkan semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar yang dilontarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Apa yang patut difahami oleh Muhyiddin ialah kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bermaksud perjuangan UMNO yang berterusan menentang PAS khususnya di Kelantan dan berusaha menjatuhkan kerajaan Kelantan yang jelas melaksanakan dasar-dasar pentadbiran Islam adalah satu perbuatan yang mungkar. Ini kerana jika PAS diganti dengan UMNO di Kelantan, sudah pasti dasar-dasar mesra syariat yang diperkenalkan di Kelantan akan dirombak semula dan Kelantan akan kembali ditadbir sebagaimana negeri-negeri lain di bawah pentadbiran UMNO/Barisan Nasional.

Ini belum mengambil kira budaya rasuah dan pecah amanah yang sudah mendarah daging di dalam perjuangan UMNO. Justeru, meletakkan parti sebegini sebagai pemerintah adalah merugikan negara dan jelas merupakan perkara mungkar.

DPPNK menyeru Muhyiddin agar bercermin diri terlebih dahulu sebelum melabelkan pihak lain sebagai celupar. DPPNK ingin mengingatkan Muhyiddin keceluparannya sendiri ketika berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Tenang pada 22 Januari 2011 yang memberikan amaran kepada MCA tentang ‘negara Islam yang menjadi matlamat PAS’. Bahkan Muhyddin menyokong tindakan MCA yang memainkan isu negara Islam atas asas ‘untuk mengingatkan masyarakat Cina’. Kenyataannya ini direkodkan sendiri oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan jika Muhyddin lupa, beliau boleh merujuk kepada pautan berikut : (http://eakhbar.penerangan.gov.my/eakhbar/berita/cetakberita.php?idk=346444)

Untuk lebih jelas, DPPNK menukilkan kembali sebahagian daripada petikan yang terdapat di dalam kenyataan penuh beliau, “Since years ago, PAS has never said it will amend the party constitution, the establishment of an Islamic State is still there..” (Sejak dulu, PAS tidak pernah berkata ia akan meminda perlembagaan parti, cita-cita untuk menubuhkan Negara Islam tetap masih ada..")

Apakah matlamat daripada kenyataan Muhyiddin di hadapan pemimpin MCA ini jika tidak bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang negara Islam? Dalam masa yang sama, Muhyiddin di ucapan pembukaaan Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang lalu melabelkan PAS sebagai ‘Lebai Malang’ kerana kononnya terpaksa menggadaikan prinsip negara Islam. Inilah lidah bercabang yang dimiliki oleh Muhyiddin yang wajib diketahui oleh orang Melayu Islam keseluruhannya. Sifat hipokrit inilah yang menjadi senjata UMNO sekian lama untuk meraih sokongan orang-orang Melayu.

Merujuk kepada kenyataan Al-Mursyidul Am PAS yang menyebut perkataan ‘mungkar’ dan didakwa oleh Muhyddin sebagai fatwa, bagaimana pula dengan kenyataan 'ulama muktabar' UMNO di Kelantan, Abdullah Saamah yang mengeluarkan fatwa bahawa berdosa menyokong PAS? Kenyataan ini disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 21 Februari 2012. Ini belum mengambil kira kenyataan Menteri Besar Terengganu yang melabel PAS sebagai ‘parti ajaran sesat’. Tidakkah ini juga boleh disebut sebagai ‘fatwa’ pemimpin Barisan Nasional?

Justeru, dalam hal ini DPPNK menyeru Muhyddin sekali lagi agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata. Perlu diingatkan bahawa sejarah politik Malaysia menyaksikan tidak semestinya seorang Timbalan Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri. Cita-cita Muhyiddin barangkali tinggi melangit, tetapi nasib jatuh bangun kerajaan Barisan Nasional masih belum diketahui.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK)

Bertarikh : 23 Disember 2012

You are here: Home