Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Memimpin Kebangkitan Anak Muda

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • image
  • image

Welcome to the Frontpage

Isu Salun : DPPNK Menyokong Langkah Penangguhan

Email Print

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mengalu-alukan langkah kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan undang-undang yang melarang perkhidmatan salun bercampur gender mengkut syarat perlesenan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI0 yang melibatkan salun milik non muslim seperti yang diputuskan oleh mesyuarat exco kerajaan negeri semalam. Ini berasaskan kepada keperluan satu kajian terperinci sesuai dengan pandangan yang dikemukakan oleh dua organisasi terbesar masyarakat Cina di negeri ini minggu lalu.

 

Dalam hal ini, DPPNK mengecam langkah akhbar Utusan Malaysia pada hari ini 13 Disember 2012 yang meletakkan laporan penangguhan ini di muka hadapan dengan tajuk PAS Akhirnya Tunduk. DPPNK menyifatkan tajuk demikian hanya bertujuan untuk menangguk di air yang keruh dan langsung tidak bersifat menyokong langkah penguatkuasaan undang-undang sebegini yang sesuai dengan hasrat untuk menjaga kehormatan moral dan akhlak. Sewajarnya Utusan Malaysia selaku lidah rasmi UMNO/Barisan Nasional lebih malu dengan UMNO yang sering mendakwa sebagai pejuang bangsa dan agama yang sedikitpun tidak terlintas untuk memperkenalkan undang-undang sebegini.

 

Dalam hal ini, DPPNK yakin bahawa langkah kerajaan negeri ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada semua rakyat termasuklah non muslim. Sesuai dengan hasrat sebahagian mereka yang inginkan kelonggaran dalam isu ini, sudah pasti menjadi satu keperluan untuk melaksanakan satu kajian terperinci bagi mengenalpasti sikap sebenar masyarakat non muslim di negeri ini. Ia berbeza ketika undang-undang ini mula diperkenalkan 21 tahun lepas di mana ia bertujuan mengekang aktiviti tidak bermoral dan nyata ia tidak mendapat bantahan daripada masyarakat non muslim pada masa itu.

 

Jika semua langkah seperti ini dianggap sebagai 'TUNDUK', DPPNK ingin mempersoalkan langkah kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menelan kos berjuta-juta ringgit wang rakyat. Adakah pada masa itu timbul isu kerajaan tunduk? Kerajaan Pusat juga pernah menarik balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 selepas pelbagai bantahan, adakah ia dilaporkan sebagai kerajaan tunduk? Demikian juga kerajaan pusat pernah menarik balik tindakan menyenarai hitamkan pemilik kenderaan yang menerima saman ekor dan ia tidak dinyatakan sebagai tunduk. Bahkan kerajaan juga ketika memansuhkan ISA, tidak disebut sebagai tunduk, tetapi disebut sebagai tindakan bijak. Adakah ia bermakna UMNO/Barisan Nasional bijak ketika memperkenalkan ISA, bijak ketika mempertahankan ISA dan bijak juga ketika memansuhkan ISA?

 

Justeru dalam isu salun di Kelantan ini, DPPNK optimis semua pihak memahami hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memberikan keselesaan kepada semua rakyat tidak mengira agama dan bangsa. Namun, dalam masa yang sama kerajaan negeri juga bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian sosial dan menutup ruang-ruang berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

 

Justeru, langkah kerajaan negeri menangguhkan penguatkuasaan ini sehingga satu kajian terperinci dilakukan amat tepat pada masanya. DPPNK juga mengecam tindakan parti Gerakan yang jelas memperlekehkan undang-undang ini apabila beberapa orang pemimpinnya sanggup datang ke Kelantan bagi mendapatkan perkhidmatan salun berlainan gender dengan tujuan untuk mencabar pihak penguatkuasa. Dalam hal ini, DPPNK melihat UMNO sebagai parti tunjang dalam Barisan Nasional gagal untuk mendidik rakan politiknya untuk lebih berdisiplin dan berhemah. Namun, tindakan UMNO ini bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan UMNO sudahpun tunduk sekian lama kepada parti Gerakan dalam isu pemilihan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dipilih daripada parti Gerakan dan bukannya UMNO yang memenangi majoriti kerusi DUN Pulau Pinang satu ketika dahulu.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang menjalankan tugas,

 

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

 

Bertarikh : 13 Disember 2012

Psu gerakan ns

Isu Salun, DPPK KB kesal provokasi terhadap MPKB-BRI

Email Print

Dewan Pemuda PAS Kota Bharu memandang serius provokasi yang dicetuskan oleh David Choong, Penolong Setiausaha Gerakan Negeri Sembilan dan beberapa orang dalam rombongannya sebagaimana yang dilaporkan dalam media hari ini.

Memetik apa yang dilaporkan, beliau bersama rakan rakannya terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan telah mengunjungi saloon yang menjadi kontroversi beberapa minggu lepas di mana semua pekerja yang adalah wanita.

Beliau mengaku mendapat khidmat menggunting dan membasuh rambut yang disediakan. Bahkan beliau secara menyindir melahirkan kekesalan kerana tidak diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu BRI.

Ini dengan jelas merupakan satu provokasi yang berbentuk hasutan agar rakyat tidak mematuhi undang undang yang telah digubal sejak 1991 oleh MPKB selaku kerajaan tempatan. Sebagai rakyat di negara yang berdaulat, apatah lagi mengikut pepatah melayu yang menyebut ' masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak', kedatangan rombongan dari negeri yang kaya dengan adat pepatih itu ke negeri Kelantan Serambi Mekah dengan perbuatan yang begitu biadap sekali, mencerminkan rendahnya sensitiviti dan moral ahli ahli politik dari Gerakan itu. Nilai kemasyarakatan dan kerukunan yang perlu ada pada setiap individu dalam masyarakat majmuk ini jatuh merudum dengan pendekatan politik murahan yang mereka ambil.

DPPKB akan membuat laporan polis secepat mungkin kerana terbukti ini adalah cubaan menghasut rakyat untuk tidak menghormati undang undang. Pada masa yang sama pihak MPKB BRI juga hendaklah mengambil tindakan yang drastik seperti menyita premis pengusaha saloon itu yang dengan sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

DPPKB khuatir, jika ini dibiarkan, ia akan membuka ruang kepada lebih banyak lagi pelanggaran undang undang yang sudah pastinya membawa kesan negatif kepada penduduk negeri Kelantan secara amnya serta pelancong pelancong yang begitu ramai sekali mengharapkan suasana yang lebih unik dan berbeza bilamana mengunjungi negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga ini.

Nor Azariza Mohd Alawi
Naib Ketua Pemuda DPPKB/
Pengerusi Lajnah Pembelaan Islam DPPNK

Isu Syria dan Gaza : Pemuda PAS Kelantan Anjur Solat Hajat dan Ceramah Perdana

Email Print

Berikutan konflik yang semakin memuncuk di Gaza dan Syria, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu majlis solat hajat dan ceramah perdana bagi memberikan penjelasan kepada rakyat Kelantan terhadap dua isu yang penting ini. Ia juga bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar terhadap isu yang sering diputarbelitkan dan disalahlapor oleh media massa Barat termasuklah agensi-agensi media di Malaysia.

 

Menurut Ketua Penerangan DPPNK, Ahmad Fadhli bin Shaari, majlis tersebut akan diadakan di Pusat Tarbiyyah Islamiah (PUTIK), Pengkalan Chepa pada 11 Disember 2012 (Selasa), bermula dengan solat Isyak berjemaah diikuti dengan solat hajat.

 

"Kita akan menampilkan tokoh kelahiran Syira yang terkenal iaitu Syaikh Muhammad Ali as-Sobuuni yang juga pengarang tafsir Sofwah At-Tafasir yang terkenal di kalangan penuntut ilmu. Selain itu, turut membarisi pentas ceramah pada malam itu nanti ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Naib Presiden PAS Dato Husam Musa, Setiausaha Agung PKR Dato Saifuddin Nasution serta Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan sendiri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman," katanya.

 

"Justeru, pihak kami sangat mengalu-alukan kehadiran semua lapisan masyarakat untuk mendengar sendiri penerangan tentang isu Syria dan Gaza yang sedang hangat di peringkat antarabangsa di samping isu-isu semasa politik tanah air."

Pemuda PAS Kelantan kesal Kenyatan Shahrizat

Email Print

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) turut menyatakan kesal terhadap kenyataan dan ucapan oleh Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2012 bertempat di PWTC pada 28 November 2012 yang lalu di hadapan khalayak awam dan disebarkan di media-media cetak dan elektronik dalam negara.

Dalam ucapan beliau pada hari tersebut, beliau antaranya menyatakan bahawa :-“..Terdapat pelbagai kemungkinan implikasi yang boleh difikirkan, tetapi sesuatu yang paling menakutkan ialah sekiranya parti kita menjadi parti yang tidak lagi relevan dan ditolak rakyat. Kita mesti pertahankan ini dari berlaku dan sebab itulah kita perlu bangkit sekarang dengan penuh kesedaran bahawa kita memegang amanah untuk terus menjunjung bangsa dan mendaulatkan negara ini.

Keduanya, dijauhkan Allah, jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. Saya bimbang dan kuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu…Untuk itulah, sebelum keadaan yang digambarkan di atas berlaku, kita perlu mengambil langkah dan mencari jalan untuk mengatasinya…”

DPPNK berpandangan bahawa ucapan beliau mengandungi nada hasutan agar rakyat menolak Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya akan datang semata-mata kerana tidak ingin melihat tragedi rusuhan kaum 1969 berulang. Sedangkan pada hakikatnya, tidak ada mana-masa unsur di dalam Pakatan Rakyat yang boleh dikaitkan dengan potensi untuk berulangnya tragedi tersebut.
Jelas sekali bahawa kenyataan/ucapan tersebut adalah berniat jahat bagi tujuan mendatangkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram, ugutan, menghasut dan seterusnya mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara Malaysia ini.

DPPNK juga tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan polis di dalam masa yang terdekat bagi membolehkan pihak polis memulakan siasatan ke atas beliau di bawah mana-mana peruntukan seksyen 500,503, 504, 505 atau 506 Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan undang-undang lain yang relevan atas alasan mengeluarkan kenyataan jahat yang mendatangkan khianat awam serta mengugat ketenteraman awam. Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidaktenteraman dan huru-hara di kalangan masyarakat negara ini ekoran kenyataan beliau tersebut.
DPPNK juga suka ingin memberikan amaran kepada semua pihak agar tidak mengapi-apikan semangat perkauman dan meniup api hasutan semata-mata untuk mendapatkan simpati rakyat.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

MOHD NURI MAT YAACOB,
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

Bertarikh : 3 Disember 2012

ISU SALON : DPPNK SIFATKAN UMNO/BN SEMAKIN TERDESAK

Email Print

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan langkah media massa milik UMNO/Barisan Nasional memainkan isu salon di Kelantan sebagai satu langkah yang terdesak untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu khususnya pengundi berbangsa Cina di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Ini dilakukan ekoran rata-rata hakikat pengundi Cina yang diketahui umum tidak akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.

Dalam hal ini, DPPNK ingin menyatakn sikap bersama dengan kerajaan negeri yang terus bertegas dengan peraturan melarang kewujudan kedai gunting lain jantina (uniseks) yang dikuatkuasakan di negeri ini sejak tahun 1991. Di dalam masa yang sama DPPNK meraikan sebarang usaha untuk mengkaji pandangan golongan non muslim terhadap kewujudan peraturan ini demi kemaslahatan semua pihak.

Hakikatnya DPPNK yakin bahawa peraturan ini yang telah diperkenalkan semenjak tahun 1991 tanpa sebarang bantahan mana-mana pihak menunjukkan bahawa ia sudah diterima secara umum oleh masyarakat Kelantan.

Dalam masa yang sama, DPPNK menyelar sikap media masa milik UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat memperalatkan isu ini untuk menjauhkan sokongan non muslim kepada PAS dan Negeri Kelantan. Hakikatnya, benar sekali dakwaan seorang bekas pimpinan negara tentang parti 'syaitan yang dikenali' ini, kerana syaitan tentunya sama sekali tidak menginginkan kebaikan kepada manusia.

 

Sekian.

 

Yang menjalankan tugas,

MOHD NURI MAT YAACOB,

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

 

Bertarikh : 27 November 2012

You are here: Home