Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Memimpin Kebangkitan Anak Muda

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
  • image
  • image

Welcome to the Frontpage

IBRAHIM ALI MELUDAH KE MUKA SENDIRI

Email Print

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang menggelarkan Menteri Besar Kelantan,  Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai ‘tidak sedar diri’ ekoran kesediaan beliau untuk terus bertanding di dalam pilihanraya umum yang akan datang sekiranya dicalonkan oleh parti. Kenyataan Ibrahim Ali itu disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia 22 Oktober 2012.

DPPNK menyifatkan bahawa kenyataan Ibrahim Ali ini umpama ‘meludah ke muka sendiri’ kerana hakikatnya beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas yang disandangnya kini hanya kerana ihsan daripada PAS Kelantan. Label ‘tidak sedar diri’ yang dilontarkan kepada Menteri Besar Kelantan lebih layak untuk Ibrahim kerana tanpa ihsan daripada PAS Kelantan, sudah pasti beliau akan kalah teruk sebagaimana di dalam pilihanraya umum 2004 di mana beliau bertanding di atas tiket Bebas pada masa itu.

Ibrahim perlu sedar bahawa satu Malaysia sudah kenal politik beliau yang kerap bertukar lambang semenjak kali pertama menyertai pilihanraya pada tahun 1986. Ibrahim pernah bertanding di atas tiket Barisan Nasional pada tahun 1986, tiket Semangat 46 pada tahun 1990, tiket Barisan Nasional sekali lagi pada tahun 1995 dan 1999 dan tiket Bebas dengan lambang payung pada tahun 2004. Perlu diingatkan bahawa atas tiket Barisan Nasional, Ibrahim Ali hanya menang sekali di Pasir Mas iaitu pada tahun 1986. Jelas sekali bahawa Ibrahim Ali hanyalah menumpang populariti parti politik untuk menang dan tidak pernah menang dengan kekuatan peribadi sebagaimana di dalam pilihanraya umum 2004 dan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir 2006.

Hari ini, setelah Ibrahim Ali menumpang kekuatan PAS di Pasir Mas, beliau melancarkan serangan demi serangan kepada PAS yang telah menyediaakan laluan untuknya. Jelas sekali, Ibrahim Ali ialah ahli politik yang sangat keji dan paling bangsat pernah dilahirkan di dalam politik Malaysia.

Berhubung kesediaan Datuk Nik Abdul Aziz untuk bertanding di dalam pilihanraya yang akan datang, DPPNK melihat bahawa beliau berhak untuk membuat keputusan tersebut sekiranya dicalonkan oleh parti. Dalam hal ini, pihak yang boleh menentukan keputusan ialah rakyat di kawasan yang akan ditandingi oleh beliau dan bukannya ahli politik murahan seperti Ibrahim Ali. DPPNK menasihatkan agar Ibrahim Ali memikirkan nasib beliau terlebih dahulu sebelum sibuk berfikir tentang orang lain.

DPPNK suka mencadangkan agar UMNO Kelantan memberikan laluan kepada Ibrahim Ali untuk bertanding di atas tiket Barisan Nasional di Parlimen Pasir Mas bagi memudahkan Ibrahim dan UMNO dikalahkan serentak di parlimen Pasir Mas di dalam pilihanraya yang akan datang.

Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

DPPNK

Himpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan

Email Print

Isu Lembah Sireh : OMBAK Hanya Mahu Mengalih Isu

Email Print

Saya menyifatkan tindakan sebuah Pertubuhan badan bukan kerajaan pro UMNO, Orang Muda Anti Korupsi (OMBAK) yang menggesa Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Datuk Ahmad Yakub melepaskan jawatan beliau berhubung isu Lembah Sireh hanyalah merupakan satu retorik dan bertujuan untuk mengalihkan isu terhadap kegagalan UMNO mengurus tadbir beberapa pr

ojek di negeri Kelantan.

Sekalipun penjelasan demi penjelasan sudah diberikan oleh pihak kerajaan negeri, OMBAK kelihatan masih berdegil untuk meraih publisiti dengan mengadakan perhimpunan haram di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan Isnin lepas bersama-sama Pemuda UMNO Kelantan yang jelas menjadi tulang belakang kepada pergerakan OMBAK.

Pada saya, OMBAK hanyalah merupakan pertubuhan bukan kerajaan alat UMNO yang hanya berani mengadakan perhimpunan tetapi menghilangkan diri apabila dipelawa untuk berdebat dan berhujah. Buktinya pada 16 Mei 2011, OMBAK pernah berdemonstrasi di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim bagi berhubung dakwaan penyelewengan projek Ladang Rakyat, namun apabila dipelawa untuk berdebat, langsung tiada wakil daripada OMBAK mahupun Pemuda UMNO yang sanggup tampil ke hadapan. Barangkali OMBAK dan Pemuda UMNO hanya mencontohi sikap Presiden UMNO yang sampai sekarang enggan tampil untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang.

Saya mencabar OMBAK untuk turut berdemonstrasi dalam isu projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan yang masih belum siap sekalipun telah dimulakan pembinaan lima tahun yang lampau. Kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan ini telah menyebabkan kenaikan kos projek kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta. Tidakkah projek ini juga ditegur oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011?

Di mana OMBAK apabila Jambatan Manek Urai yang telah dijanjikan oleh UMNO dan Barisan Nasional semenjak tahun 2009 sehingga ke hari ini masih belum siap?

Di mana OMBAK apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed mengumumkan bahawa jumlah wang ehsan yang diterima ialah sebanyak RM61.8 juta berbeza dengan angka yang diumumkan oleh Timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang menyatakan bahawa sebanyak RM24 juta setahun telah diterima dan ini bermakna berjumlah RM72 juta sejak 2010. Kenapa kedua-dua angka ini berbeza? Jika angka Awang Adek benar, ke mana perginya sejumlah lebih RM10 juta lagi? Saya mendesak OMBAK maupun Pemuda UMNO Kelantan mengeluarkan kenyataan dalam isu ini.

Demikian juga dengan isu pendedahan 2 keping cek yang berjumlah RM 80,000 secara keseluruhannya atas nama Datuk Dr Awang Adek Hussein dan didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau. Kenapa terdapat transaksi wang yang sebegitu besar oleh sebuah syarikat yang berkepentingan ke dalam akaun beliau pada ketika beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera dan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia? Isu ini didedahkan pada Ogos lepas dan sehingga ke hari ini masih belum terdapat sebarang penjelasan daripada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan ini. Di manakah OMBAK dalam isu ini?

Juteru pada saya, OMBAK hanyalah kuda tunggangan UMNO dan Barisan Nasional untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu penyelewengan yang lebih besar membabitkan pemimpin mereka. Dalam isu Lembah Sireh, saya yakin, penjelasan daripada kerajaan negeri tidak akan diberikan liputan oleh media massa milik mereka kerana motif sebenar OMBAK mahupun UMNO hanyalah untuk menutup mata rakyat daripada melihat hakikat yang sebenar.

Sekian.

Salam hormat,

ABDUL LATIFF BIN ABD RAHMAN,
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bertarikh : 31 Oktober 2012M bersamaan 15 Zulhijjah 1433H

Skandal NFC : Kerajaan Perlu Bertanggungjawab

Email Print

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tertarik untuk memberikan respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang tersiar di muka hadapan Berita Harian hari ini 16 November 2011. Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan meminta National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang hangat diperkatakan pada hari ini.

Read the full storySkandal NFC : Kerajaan Perlu Bertanggungjawab

Sejarah Pemuda

Email Print

You are here: Home